Pelajar Johor anggap SPM tak penting sebab boleh dapat gaji besar di Singapura
![Pelajar Johor anggap SPM tak penting sebab boleh dapat gaji besar di Singapura Pelajar Johor anggap SPM tak penting sebab boleh dapat gaji besar di Singapura](https://beritaperak.com/wp-content/uploads/2025/02/1-56.jpg)
Pelajar Johor anggap SPM tak penting sebab boleh dapat gaji besar di Singapura
Belakangan ini, isu pelajar tidak mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin membimbangkan.
Mana tidaknya, untuk tahun lepas, sekitar 10,000 pelajar tidak menduduki SPM seperti yang dilaporkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Seperti di Johor, kira-kira 900 calon SPM di negeri itu gagal menduduki peperiksaan yang menjadi syarat penting pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajar ke peringkat universiti.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, antara puncanya pelajar beranggapan masih boleh mendapat kerja di Singapura dengan gaji besar kerana kadar mata wang yang tinggi tanpa menggunakan kelayakan SPM.
Beliau menjelaskan, faktor berkenaan menjadi kebimbangan kerajaan negeri dan masalah keciciran pelajaran akan terus berlarutan.
Dianggarkan 900 pelajar yang tidak menduduki peperiksaan SPM tahun ini, walaupun jumlah itu menurun berbanding tahun lalu, ia masih membimbangkan.
“Cuma cabaran kita ini, Singapura tidak memerlukan kelayakan SPM untuk ambil pelajar-pelajar kita bekerja,” katanya.
Dalam pada itu, Aznan menyatakan pihak sekolah perlu memainkan peranan agar ibu bapa dan pelajar diberikan penekanan bahawa SPM itu penting yang menjadi penentu masa depan mereka.
Berhubung isu tersebut, kerajaan negeri mahu menyelamatkan pelajar yang keciciran dalam SPM untuk menyambung pelajaran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).