Pekerja kedai pakaian dedah sikap pelanggan dalam ‘fitting room’

Pekerja kedai pakaian dedah sikap pelanggan dalam ‘fitting room’

 

Pekerja kedai pakaian dedah sikap pelanggan dalam ‘fitting room’

Pekerjaan sebagai pembantu jualan atau retail assistant mungkin nampak mudah di mata sesetengah orang.

Namun realitinya, ia menuntut kesabaran yang tinggi kerana mereka perlu berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan.

Di Thread, seorang wanita mendedahkan seorang pelanggan bertindak membuang air kecil di dalam bilik persalinan sebuah kedai pakaian.

“Ini yang mencabar kesabaran sangat-sangat. Pelanggan kencing dalam fitting room. Mop tiga kali pun masih ada bau.

“Dah selesai mop, cuci dan keringkan… kemudian mop dengan baldi tu pun aku buang,” tulis pekerja itu sambil menambah pelaku adalah seorang wanita.

Jelasnya, dia bekerja di kedai pakaian wanita dan hanya kaum Hawa yang dibenarkan menggunakan bilik persalinan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, beberapa individu turut berkongsi kisah hampir sama yang berlaku di tempat kerja mereka.

Menurut seorang lagi wanita, dia pernah berdepan dengan pelanggan yang membiarkan anak mereka berak di dalam kedai.

“Saya kerja kedai kain. Anak pelanggan terberak kat celahan kayu-kayu kain tu. Mak dia tak ada rasa cemas nak angkat dan bawa ke tandas.

“Boleh pula dia tanya kenapa anak dia berak kat situ? Selepas beberapa minit baru dia angkat. Itu pun sebab kami minta akak tu bawa anak dia pergi tandas, takut makin banyak (tahi).

“Selepas selesai di tandas, saya bagi segala mop, kain dan spray pencuci untuk akak tu kemas. Kami geli nak cuci tahi anak dia. Akak tu cuci tahi sambil membebel,” tulis wanita itu pula.

Pada pandangan kita, mungkin berak dan kencing di dalam bilik persalinan sudah dianggap teruk dan tidak masuk akal.

Namun menurut beberapa lagi pekerja kedai pakaian, pernah juga berlaku kes pelanggan lelaki yang beronani di dalam bilik persalinan.

“Tempat kerja kita, ada lelaki datang, dia ambil baju perempuan dan duduk setengah jam dalam fitting room. Ada kesan (air mani) dekat cermin dan lantai.

“Masa saya kerja dulu, kerap kes macam ni. Lagi teruk siap ada sperma dekat cermin. Azab gila rasa.

“Siapa pernah kerja kedai pakaian mesti tahu. Bukan kencing berak, siap ada yang guna baju untuk lap bontot,” tulis beberapa individu lagi.

Sumber: mStar