“Malaysia masih perlukan pekerja asing” – Pakar Ekonomi

“Malaysia masih perlukan pekerja asing” – Pakar Ekonomi

 

“Malaysia masih perlukan pekerja asing” – Pakar Ekonomi

Pensyarah Kanan Ekonomi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Bashir Ahmad Shabir Ahmad menyatakan Malaysia masih memerlukan tenaga pekerja asing.

Ini kerana status negara yang belum mencapai tahap kemajuan sepenuhnya serta struktur pekerjaan yang berada dalam skala sederhana, petik Utusan.

Jelasnya, kebergantungan terhadap pekerja asing bukan hanya berlaku di negara ini. Tetapi juga di kebanyakan negara lain atas beberapa faktor utama.

Menurut Dr. Bashir, kekurangan tenaga kerja mahir dalam sektor tertentu, kadar gaji yang kurang kompetitif dan pekerjaan bersifat fizikal menjadi antara penyumbang utama kebergantungan tersebut.

“Kerajaan kini giat melaksanakan pelbagai dasar bagi meningkatkan pendapatan pekerja, mengembangkan penggunaan teknologi dan memperkukuh pembangunan modal insan tempatan.

“Selain itu, dasar kerajaan turut mempengaruhi permintaan terhadap buruh asing dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja luar secara beransur-ansur,” katanya kepada Utusan.