“Ada juga yang pecah kamera karang, video otak kau!” – Along Cham
“Ada juga yang pecah kamera karang, video otak kau!” – Along Cham
Pelawak terkenal, Along Cham, dilihat berang apabila sekumpulan petugas media berpusu-pusu menangkap gambarnya ketika dia berjalan keluar dari bilik tahanan di Mahkamah Sepang hari ini.
Keadaan tegang tercetus apabila beberapa wartawan dan jurugambar menghampiri Along sebaik sahaja dia keluar dari bilik tahanan, menyebabkan pelawak itu meluahkan rasa tidak puas hati.
“Ada juga yang pecah kamera karang. Video otak kau! Benda ni mengaibkan,” katanya dengan serius, memberi amaran kepada petugas media yang terlalu dekat dengannya.
@malaysiatribune Pelakon Muhammad Nizammudin Ahmad, 41, atau lebih dikenali sebagai Along Cham berang apabila dirakam petugas media di Mahkamah Sepang hari ini. Dia akan menghadapi pertuduhan berkaitan dadah dan disiasat mengikut Seksyen 39A(2) dan Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Sabtu lalu, artis terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang. Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 58.23 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC). #malaysiatribune #pdrm
Terdahulu, media melaporkan Along Cham, atau nama sebenarnya, Muhammad Azlan Ismail, ditahan selepas disyaki memiliki ganja di Cyberjaya baru-baru ini dikatakan sudah lapan tahun menagih dadah.
Pelawak berusia 38 tahun itu, walau bagaimapun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen dan Majistret Sepang atas pertuduhan memiliki dadah jenis Kanabis lebih 60gram minggu lalu.