Pasport Malaysia di kedudukan ke-12 paling berkuasa di dunia

Pasport Malaysia di kedudukan ke-12 paling berkuasa di dunia

 

Pasport Malaysia di kedudukan ke-12 paling berkuasa di dunia

Pasport Malaysia kini menduduki tempat ke-12 paling berkuasa di dunia pada awal tahun 2025.

Menerusi senarai yang dikeluarkan oleh The Global Passport Ranking 2025, menilai skor mobiliti keseluruhan setiap pasport negara di seluruh dunia.

Pasport Malaysia berjaya diiktiraf sebagai pasport ke-12 paling berkuasa di dunia dengan memperolehi pelepasan ke 183 buah negara.

Dalam senarai tersebut, Singapura unggul sebagai pemegang pasport terbaik global selepas memiliki skor mobiliti tertinggi iaitu 195.

Manakala visa dari Jepun berada  di tangga ke-2, selepas pemilik pasport itu dibenarkan untuk berkelana ke 193 negara.

Finland, Perancis, Jerman, Itali, Korea Selatan dan Sepanyol pula berkongsi tangga ke-3 apabila mempunyai nilai skor mobiliti 192.

Seterusnya, tujuh negara berjaya menduduki tangga ke-4 pasport terbaik dunia iaitu Austria, Denmark, Ireland, Luxembourg, Belanda, Norway dan Sweden, dengan pelepasan sebanyak 191 negara.

Memperolehi 190 kebenaran memasuki negara, pasport Belgium New Zealand, Portugal, Switzerland, United Kingdom berada di carta ke-5 terbaik antarabangsa.

Di kedudukan ke-6, adalah Australia dan Greece dengan nilai 189. Sementara itu, Malta dan Poland masing-masing berkongsi kedudukan ke-7 selepas meraih pelepasan ke 188 negara.

Di Nombor lapan terbaik adalah pasport dari negara Republik Czech dan Hungary (187), manakala di kedudukan ke-9 dipegang oleh Estonia dan Amerika Syarikat dengan skor mobiliti 186

Di tempat ke-10 pula didominasi oleh empat negara iaitu Latvia, Lithuania, Slovenia dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) dengan pelepasan ke 185 negara.

Sebelum ini, tular video yang dikongsikan oleh pengguna @bahjahhabil memaparkan keindahan pasport Malaysia di bawah UV light. 

Siapa sangka, pasport yang kita selalu guna untuk melancong ni sebenarnya penuh dengan ciri unik dan berwarna-warni.

Setiap helaiannya memperlihatkan motif dan imej unik yang melambangkan keindahan budaya dan identiti Malaysia.

Ada gambar masjid yang cantik, landmark ikonik serta warna-warna terang yang hanya dapat dilihat apabila disinari dengan cahaya khas ini.