Pas kekal bersama PN, nafi khabar angin tarik sokongan
Pas menafikan berita tular mengatakan parti itu menarik sokongan dan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) dengan serta-merta.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan perkara itu dalam akaun Twitter beliau hari ini.
“Palsu,” ciapan beliau dengan memuatn aik hantaran poster berita palsu itu.
Terdahulu, tular satu poster mendakwa Pas menarik sokongan dan keluar daripada PN dengan serta-merta dan berunding dengan mana-mana parti politik bagi menubuhkan sebuah kerajaan yang mempunyai majoriti kukuh serta stabil seiring Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
— Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) August 16, 2021
Sumber: Utusan