Parkir kereta di laluan pejalan kaki, wakil rakyat tampil mohon maaf

Parkir kereta di laluan pejalan kaki, wakil rakyat tampil mohon maaf

 

Tular gambar sebuah Proton X90 milik seorang wakil rakyat yang diletakkan di atas laluan pejalan kaki sehingga mengganggu pengguna laluan tersebut.

Hantaran itu telah mengundang kemarahan warganet di platform X.com.

Ramai mengecam wakil rakyat tersebut kerana menyalah gunakan pangkat dan kuasa sehingga mengganggu fasiliti untuk kegunaan orang awam.

Sehubungan insiden itu, pemilik kereta berberkenaan yang juga ahli parlimen tampil memohon maaf. Pada masa sama beliau turut sedia dikompaun atas kesalahan yang dilakukan tersebut.

“Saya mengambil maklum dengan isu tular sebuah kenderaan Ahli Parlimen (Dewan Negara) yang diletakkan di laluan pejalan kaki.

“Sebagai pemilik kenderaan tersebut, saya dengan penuh rasa kesal memohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab penuh.

“Saya amat menyesali kesulitan yang telah timbul dan bersedia dikenakan kompaun atas kesalahan tersebut. Saya berjanji kejadian ini tidak akan berulang lagi,” petik hantaran Facebook beliau.