“Paling teruk bertukar seperti gaya harimau & jilat kaki” – Shuib dedah arwah Siti Sarah pernah terkena sihir
Usahawan dan pelawak, Shuib dedah arwah Siti Sarah pernah disihir dan berdepan dengan pengalaman seram sepanjang perkahwinannya terdahulu.
Menerusi temu bual Shuib dalam sesi Dol’s Podcast, pemilik nama Shahmira Muhammad mendedahkan arwah isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin pernah disigir kepada tetamu jemputan, Datuk Ustaz Kazim Elias.
Sepanjang perkahwinan, Shuib berkata dia pernah melihat arwah isterinya kerap kali dirasuk sehingga tindakannya berubah seperti seekor harimau.
“Sebenarya saya banyak kali melalui banyak keadaan yang mencemaskan, dirasuk.
“Paling teruk adalah ketika Sarah bertukar seperti harimau, gaya harimau sehingga dia jilat kaki,” katanya.
Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia mula menyedari arwah isterinya itu bersikap aneh semasa diawal perkahwinan mereka lagi.
Bukan itu sahaja, Shuib turut berkongsi pengalaman selepas arwah Siti Sarah selesai membuat persembahan dalam sebuah rancangan realiti, selain menyatakan rasa seperti disihir.
“Ada satu minggu di Gegar Vaganza, saya duduk di belakang pentas. Selepas selesai persembahan, dia pusing dan jalan ke arah saya sambil dia panggil ‘daddy’ kemudian dia terus tumbang.
“Sebenarnya pada malam itu, dia tak ada pada segment terakhir sebab saya dah bergegas bawa dia pergi dapatkan rawatan.
“Dia cakap dia rasa dia disihir. Pernah dia naik atas pentas dan rasa orang bencikan dia, persembahan tak best,” katanya lagi.
Untuk rekod, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Siti Sarah pada Februari 2011, namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun.
Kemudian, Shuib sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023.