Pakcik India tolak duit influencer, syukur dengan bantuan duit RM600

Pakcik India tolak duit influencer, syukur dengan bantuan duit RM600

 

Pakcik India tolak duit influencer, syukur dengan bantuan duit RM600

Seorang warga emas India berusia 80 tahun membuat ramai kagum selepas dia menolak bantuan duit daripada pempengaruh baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi oleh @cahayaicha__ di laman TikTok, warga emas itu disapa ketika dia berada di sebuah kedai serbaneka.

Pempengaruh tersebut ingin memberikan bantuan barang dapur dan duit kepada pak cik berkenaan, namun dia menolaknya.

“Tak perlu, saya masak kayu. Saya umur 80 tahun. Tolong lain orang, saya takda apa. Sudah mau mati,” katanya.

Menurut pak cik itu lagi, dia sudah rasa mencukupi dengan bantuan kerajaan yang memberikan sebanyak RM600 setiap bulan kepadanya.

“Kalau nak bagi juga, satu keping cukup. Ini saya boleh makan 7 ke 8 hari. You bagi orang lain lagi bagus,” katanya lagi.

@cahayaicha__

Kali pertama jumpa orang yang sangat kuat bersyukur dalam hidup nya

♬ original sound – Cahaya icha – Cahaya icha