120 lagi mangsa kes jenayah seksual P. Diddy buat pengakuan, paling muda budak 9 tahun

120 lagi mangsa kes jenayah seksual P. Diddy buat pengakuan, paling muda budak 9 tahun

 

Seorang peguam yang dikenali sebagai Tony Buzbee mendedahkan seramai 120 orang lagi mangsa baharu dikaitkan kegiatan keganasan seks penyanyi P. Diddy tampil membuat pengakuan.

Mirror melaporkan, daripada 120 mangsa baharu itu, 25 individu adalah di bawah umur dan yang paling muda berusia 9, 14 dan 15 tahun.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya memberitahu mangsa berusia 9 tahun itu telah hadir menyertai sesi uji bakat di New York City untuk menjadi artis rakaman Bad Boy Records milik Diddy.

“Kanak-kanak berusia 9 tahun itu dibawa untuk menyertai uji bakat di Bad Boy Records dan didakwa didera secara seksual oleh Diddy dan beberapa lagi orang di studio tersebut.

“Malah kanak-kanak yang hadir uji bakat itu juga turut dijanjikan kontrak kerjasama bersama syarikat rakaman milik penyanyi berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, Buzbee turut menyarankan kepada individu lain untuk melaporkan jenayah yang terhadap penyanyi rap itu sekiranya mereka turut menjadi mangsa.

“Jika anda (mangsa) berada di luar sana, anda tidak bersendirian. Jangan takut untuk melaporkan kes jenayah ini kepada pihak berkuasa,” katanya.

Pada 16 September lalu, Diddy atau Sean John Combs, 54, ditahan oleh pihak polis di sebuah hotel atas tuduhan melakukan perbuatan keji sehingga ramai menjadi mangsa.

Sejak kes tersebut menjadi bualan, ramai golongan selebriti turut dikaitkan menjadi mangsa produser terkenal itu.

Diddy yang kini masih dalam tahanan bagaimanapun tidak mengaku atas semua kesalahan yang dibuat.