Lelaki berpenampilan rambut ’emo’ ini rupanya orang penting Honda

Lelaki berpenampilan rambut ’emo’ ini rupanya orang penting Honda

 

Lelaki berpenampilan rambut ’emo’ ini rupanya orang penting Honda

Baru-baru ini orang ramai gembira dengan pengumuman kumpulan rock emo dari Amerika, My Chemical Romance bakal kembali semula ke Malaysia tahun ini.

Ramai yang throwback semula gambar-gambar lama berkaitan emo seperti pakaian, aksesori dan penampilan.

Kebetulan pula timbul gambar seorang lelaki Jepun menampilkan rambut emo yang menjadi bualan dunia pada ketika ini.

Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan, lelaki tersebut adalah orang penting kepada syarikat Honda.

Berpenampilan Rambut 'Emo', Lelaki Ini Orang Penting Honda

Shotaro Odate merupakan Ketua Pembangunan Keselamatan di Honda. Beliau telah berkhidmat sebagai ketua projek ADAS sejak tahun 2015 lagi.

Teknologi ADAS beliau menyumbang kepada kereta Honda seperti Accord, CR‑V dan ZR‑V telah mencapai 5‑Star Euro NCAP & Top Safety Pick+ IIHS di Amerika Syarikat.

Pada masa sama, hasil carian mendapati beliau memfailkan 251 permohonan paten dan menghantar sembilan kertas penyelidikan.

Antaranya fail paten yang dibuat untuk Honda sejak tahun 2006 adalah sensor meletakkan tangan pada stereng, sistem brek automatik, kawalan stereng halus dan getah tali pinggang keselamatan pintar.

Berpenampilan Rambut 'Emo', Lelaki Ini Orang Penting Honda

Penularan imej Shotaro Odate berpenampilan rambut emo semasa melakukan kerja hakiki secara tidak langsung menjadikannya satu marketing buat jenama Honda.