Mat Saleh terkejut tengok ramai orang Malaysia gemuk
Mat Saleh terkejut tengok ramai orang Malaysia gemuk
Banyak hasil kajian di internet memaparkan Malaysia sebagai negara yang memiliki kadar obesiti tertinggi di ASEAN.
Hal itu menarik minat seorang mat saleh untuk terbang melihat sendiri kebenaran dakwaan hasil kajian itu — dengan terbang melawat ke Malaysia serta Vietnam, negara yang paling sihat di rantau Asia Tenggara ini.
Menerusi hantaran video TikTok @alexwandersyt, dia melihat sendiri pemakanan dan gaya hidup yang diamalkan pada kedua-dua negara berkenaan.
@alexwandersyt Travelling from the skinniest to the fattest country 🤯 #vietnam #malaysia #food
Pada awal video, Alex terbang menuju ke Vietnam, sebuah negara yang kadar obesiti cuma 2% sahaja.
Menurut mat saleh itu, makanan yang disediakan adalah berasaskan makanan segar.
“Kalori rendah, banyak sayur-sayuran dan padat dengan protein tanpa lemak.
“Ditambah pula dengan gaya hidup yang sangat aktif. Pukul 6 pagi sudah berada di tepi pantai. Anda boleh lihat orang ramai berjoging, berlari dan membuat yoga,” jelas Alex.
Apabila tiba di Malaysia, dia terkejut dengan pemakanan dan gaya hidup di sini — dia menyatakan kadar obesiti di Malaysia sangat luar biasa.
Menurut mat saleh itu lagi makanan segera, minuman manis dan makanan proses senang didapatkan di mana-mana.
“Malah mereka (orang Malaysia) meletakkan gula pada salad,” kata Alex.
Tambahnya lagi, Malaysia merupakan negara yang paling ‘kurang mesra pejalan kaki’ yang pernah dia lawati sepanjang hidupnya.
Alex merasakan untuk melintas jalan di Kuala Lumpur sangat mencabar. Perkara itu menyebabkan satu kesukaran buat para pelancong yang datang ke negara ini.
Netizen akui apa yang mat saleh itu sampaikan dan memberitahu kepadanya bahawa budaya makan di Malaysia tidak boleh dipisahkan.
Dengan adanya ‘makanan viral’, sekaligus ia menyumbang kepada kadar obesiti tinggi di negara ini.