“Walaupun saya kaya, inilah cara seorang hamba” – Opai suka makan duduk bersila atas lantai

“Walaupun saya kaya, inilah cara seorang hamba” – Opai suka makan duduk bersila atas lantai

 

“Walaupun saya kaya, inilah cara seorang hamba” – Opai suka makan duduk bersila atas lantai

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aliff Awang mengakui lebih gemar makan sambil duduk bersila di atas lantai.

Aliff atau mesra disapa Opai berkata, apabila makan di atas lantai, dia lebih mensyukuri nikmat Allah S.W.T.

Saya walaupun kaya, apabila makan saya suka duduk bersila di bawah. Inilah cara makan seorang hamba.

Makan merupakan ibadah paling senang, sebab apa? Kerana ketika makan, kita semua akan ucap alhamdulillah.

Apabila kaya atau senang, jarang ucap alhamdulillah. Tapi bila makan terus bersyukur.

Duduk di bawah, saya dapat rasa begitu besar maknanya sebagai seorang hamba. Biarlah jangan jadi hamba dunia, tetapi jadi hamba Allah.

Opai berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di TikTok memaparkan dia sedang berbuka puasa bersama beberapa rakannya.

@aliff_awang

Hanya hamba

♬ original sound – Opai Alpiaw – Opai Alpiaw

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan pandangan suami kepada bekas pelakon, Fatin Afeefa itu.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang menganggap Opai bersifat riyak kerana mengaku dirinya kaya.