Opah dah moden, pantau kebun durian guna dron jadi perhatian

Opah dah moden, pantau kebun durian guna dron jadi perhatian

 

Penggunaan dron dalam bidang pertanian semakin mendapat tempat dalam kalangan petani, pesawah, pekebun dan pemilik ladang di Malaysia kerana ia memang memudahkan kerja untuk menyembur racun, baja dan benih pokok dan buah-buahan.

Walau bagaimanapun, tak semua orang mahir dalam mengendalikan teknologi tinggi ini. Namun, seorang opah ini pula mampu menggunakan dron untuk memantau durian di kebun duriannya.

Gelagat opah memegang dron itu telah dikongsikan di TikTok oleh sitimuzainahmarju dan video tersebut telah meraih tontonan lebih 573K daripada pengguna TikTok.

@sitimuzainahmarju

Opah guna dron cek durian..ingat org muda je pandai guna kan#durianperakudohluroh#peminattegardurian#fypシ

♬ original sound – Mawar mewangi – Mawar mewangi

Dalam video yang berdurasi selama 30 saat itu, opah juga mengatakan dia menggunakan dron untuk pengurusan data atau data management kebunnya kerana menurutnya dunia kini sudah moden.

Opah juga turut mempromosikan pelbagai jenis durian yang ada di kebunnya seperti durian kunyit, durian paduka dan durian kucing tidur.

Rata-rata warganet yang kagum dengan kebolehan opah menggunakan dron dan ternyata usia bukanlah penghalang.