Isu struktur bangunan di bawah kabel voltan tinggi dan notis TNB di Kg Manjoi: Asmuni mahu penjelasan telus

Isu struktur bangunan di bawah kabel voltan tinggi dan notis TNB di Kg Manjoi: Asmuni mahu penjelasan telus

 

Isu penempatan bangunan termasuk sebuah surau di bawah kabel voltan tinggi milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Manjoi mendapat perhatian serius daripada Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak di DUN Manjoi, Dato’ Haji Asmuni Awi.

Pagi tadi, beliau turun padang meninjau keadaan di sekitar Jalan Pemimpin, Kampung Manjoi selepas dimaklumkan sebanyak 19 notis telah dikeluarkan oleh pihak TNB bagi mengarahkan bangunan dikosongkan atas faktor keselamatan.

“Saya difahamkan bangunan-bangunan ini sudah lama wujud di bawah laluan kabel voltan tinggi. Persoalannya, mengapa sekarang baru notis ini dikeluarkan? Mengapa tidak dari awal? Ini menimbulkan tanda tanya besar,” ujar Asmuni.

Tambah beliau, perkara ini amat sensitif, lebih-lebih lagi apabila melibatkan surau dan kesejahteraan penduduk tempatan.

Asmuni turut memaklumkan bahawa beliau akan menyelaraskan satu pertemuan antara pihak TNB, agensi teknikal berkaitan dan penduduk terlibat dalam masa terdekat.

“Saya ingin pastikan penyelesaian yang dicapai bukan sahaja adil dan sah dari sudut teknikal, tetapi juga harmoni serta menghormati kepentingan masyarakat setempat,” tegas beliau.

Beliau menyeru agar semua pihak bersabar dan menunggu maklumat lanjut selepas perbincangan rasmi dilakukan dalam masa terdekat.

@asmuni1881

Kenapa tiba-tiba TNB keluar notis? Asmuni susun pertemuan, cari solusi terbaik penduduk Kampung Manjoi dengan TNB #asmuniawi #manjoi #kgmanjoi #kampungmanjoi #amanah

♬ original sound – Asmuni Awi – Asmuni Awi