JPJ Perak buka bidaan siri nombor plat ‘ANU’ 19 Disember

JPJ Perak buka bidaan siri nombor plat ‘ANU’ 19 Disember

 

JPJ Perak buka bidaan siri nombor plat ‘ANU’ 19 Disember

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak akan membuka bidaan bagi nombor pendaftaran kenderaan bagi siri ‘ANU’.

Nombor plat istimewa itu dibuka untuk bidaan selama lima hari bermula 19 Disember dan akan ditutup pada pukul 10 malam, 23 Disember.

Keputusan bidaan nombor plat berkenaan akan diketahui pada 24 Disember nanti.

Proses pendaftaran dan bidaan akan dilakukan secara dalam talian menggunakan platform JPJeBid.

Bidaan nombor plat berkenaan mendapat perhatian warga maya kerana perkataan anu adalah kata ganti nama yang digunakan ketika merujuk kepada seseorang selain

Namun dalam percakapan harian, istilah anu juga merujuk kepada kemaluan.
Sebelum ini, nombor pendaftaran kenderaan ‘AKU’ menjadi nombor pendaftaran paling popular di negeri berkenaan.

Nilai bidaan plat kenderaan siri AKU dikeluarkan JPJ Perak sebanyak RM3.5 juta antara tertinggi bagi siri plat kenderaan di negeri itu.

Bidaan paling tinggi adalah AKU 1 dengan nilai RM207,898 diikuti dengan AKU 8055 dan AKU 805 masing-masing dengan nilai bidaan tertinggi RM74,000 dan RM28,000.