Nizar Najib dikecam gara-gara samakan kes Najib Razak dengan Nabi Yusof & Nelson Mandela

Nizar Najib dikecam gara-gara samakan kes Najib Razak dengan Nabi Yusof & Nelson Mandela

 

“Mungkin Allah nak angkat darjat ayahanda lebih tinggi” itulah kata-kata yang dikeluarkan dari anak bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-6, Nizar Najib dalam acara setiakawan dengan Najib di kawasan parlimennya di Pekan.

Bukan itu sahaja, malah beliau menyamakan penindasan yang berlalu kepada bapanya ini tidak ubah seperti apa yang dilalui Nabi Yusuf dan tokoh anti-aparteid Nelson Mandela.

“Mungkin ini adalah cara Allah subhanahuwataala untuk angkat darjat ayahanda dengan lebih tinggi. Itulah yang berlaku kepada Nabi Yusuf yang dipenjarakan atas tuduhan palsu. 

“Apabila bebas baginda diangkat sebagai menteri berkuasa lagi bijaksana di Mesir. 

“Itu yang berlaku kepada Nelson Mandela yang menentang dasar aparteid apabila bebas beliau diangkat sebagai presiden Afrika Selatan yang berjaya menyatupadukan orang kulit putih dan bangsa Afrika. 

“Yang pasti tuhan tidak akan uji lebih dari kemampuan kita untuk hadapinya,” kata Nizar.

Rata-rata netizen melontarkan pendapat mereka bahawa kes Najib Razak yang menyelewang dana SRC sebanyak 42 Juta, sehingga dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, bagaikan ‘jauh pangang dari api’