“Jimat, mudah & cepat” – Trip nikah di Thailand tawar pakej ‘nikah dulu bayar kemudian’ raih perhatian

Sebelum ini, Harian Metro pernah membuat laporan bahawa sekurang-kurangnya 30 pasangan daripada Kuala Lumpur, Terengganu, dan Kelantan memilih untuk bernikah atau berpoligami  di Thailand.

Susulan bernikah di Thailand seolah-olah sudah menjadi ‘trend’, terdapat satu hantaran di TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian selepas memuat naik pakej ‘Trip Nikah Thailand’.

nikah di thailand

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, pasangan yang ingin mengambil pakej berkahwin di Thailand itu perlu membayar sebanyak RM1699.

nikah di thailand

Hal yang lebih mencuri perhatian ramai apabila pakej itu menawarkan nikah dahulu dan bayar kemudian, di mana dianggap lebih cepat serta mudah.

Jimat, mudah dan cepat.

Meninjau di ruangan komen posting tersebut, rata-rata netizen terhibur dengan pakej yang ditawarkan, bahkan ada yang berseloroh sama ada boleh atau tidak mereka membayar menggunakan aplikasi Atome (bayaran ansuran).

komen