“Ni baru guntingan yang ke-4” – Cikgu pesan bawa gambar bunga rafflesia, anak murid ambil dari duit RM10

“Ni baru guntingan yang ke-4” – Cikgu pesan bawa gambar bunga rafflesia, anak murid ambil dari duit RM10

 

Anak murid sekolah rendah selalunya mempunyai daya pemikiran di luar jangkaan orang dewasa.

Baru-baru ini tular satu gambar sekeping duit not RM10 telah dipotong bahagian bunga Rafflesia sehingga menjadi bualan netizen.

Menerusi hantaran Facebook Geng Suri Rumah, duit not itu dipotong selepas apabila si anak perlu membawa gambar bunga Raflessia sebanyak lima keping ke sekolah.

Berfikir di luar kotak, si anak memotong gambar bunga itu terus daripada duit not RM10.

“Cikgu pesan bawa 5 keping gambar bunga Rafflesia esok. Ini baru guntingan yang ke-empat, mak dah naik hantu. Kalau lima keping dah 50 ringgit ya anak,” luah si ibu.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran Facebook itu telah mendapat lebih 15,000 tanda suka, 1,000 komen dan 1,700 perkongsian semula daripada warganet.

Ramai netizen terkesima dengan pemikiran luar kotak kanak-kanak tersebut.

Tidak mahu susahkan ibu bapa, si anak mengambil inisiatif sendiri — yang menyebabkan empat keping not RM10 tidak boleh dipakai buat masa ini.

“Cikgu lupa pesan jangan gunting bunga Rafflesia dekat duit RM10 itu,” ujar orang ramai.