Netizen tanya mana Fattah Amin sebab lama tak nampak bersama, ini respon Fazura

Netizen tanya mana Fattah Amin sebab lama tak nampak bersama, ini respon Fazura

 

Sebelum ini, muncul desas desus mengatakan rumah tangga antara selebriti popular, Nur Fazura bersama suaminya, pelakon Fattah Amin dilanda ribut dan sedang berantakan.

Spekulasi itu mula muncul setelah mereka beruda jarang berkongsi foto pasangan masing-masing di media sosial sekaligus menuai tanda tanya dalam kalangan peminat.

Malah, seperti kebiasaan, segala spekulasi itu turut diperkatakan di sebuah laman sembang yang rata-ratanya hanya menilai berdasarkan apa yang ditunjukkan Fazura dan Fattah di media sosial.

Meninjau ke ruangan komen satu hantara di Instagram Fazura, terlihat satu komen di mana pelakon jelita itu ada menjawab keberadaan suaminya dan anak mereka, Fatima.

Fazura dan Fattah berantakan

Rumah tangga fazura dan fattah berantakan?

Kata Fazura, semuanya berada di rumah dan mereka sekeluarga memilih untuk menjalani hidup secara privasi dan tertutup sekarang ini.

Pelakon filem Pisau Cukur itu juga sempat meletakkan ayat ‘Eyes On Rafah’ sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dalam komennya itu.

Tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai, sebagai peminat kita doakan yang terbaik sahaja buat Fazura dan Fattah agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.