Pelanggan terkejut order Nescafe tarik tapi ‘tarik’ kena caj 70 sen

Pelanggan terkejut order Nescafe tarik tapi ‘tarik’ kena caj 70 sen

 

Pelanggan terkejut order Nescafe tarik tapi ‘tarik’ kena caj 70 sen

Seorang pelanggan di sebuah kedai makan di Sibu, Sarawak meluahkan rasa terkejut apabila dikenakan caj minuman yang dianggap ‘tidak masuk akal’ selepas memesan secawan Nescafe tarik.

Menurut pelanggan berkenaan, dia memesan Nescafe tarik, tetapi apabila bil sampai, harga yang dikenakan adalah berasingan iaitu secawan Nescafe panas RM4.30, manakala tambahan ‘tarik’ dicaj 70sen.

“Punya keras kehidupan sekarang. Order (pesan) Nescafe tarik, tarik nya pun dibayar,” kata pengguna @RiRi Bunbun menerusi perkongsian di kumpulan Facebook, Lahat Datu Kini.

‘Keras Hidup Sekarang’ - Pelanggan Terkedu Lihat Servis ‘Tarik’ Kopi Kena Caj 70 Sen

Perkara itu menjadi tular di media sosial selepas pelanggan terbabit memuat naik gambar resit tersebut sehingga mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen.

“Tarik-tarik pun perlukan tenaga tulah dikira, apa punya kedai la,” kata Ninie Ernih.

“Jangan-jangan dia tarik pakai tali kapal ni,” seloroh Dir Lasthokage.

“Lain macam oh. Nanti kita bawa buih dari rumah sahaja la,” kata Aisyah Syakina.