“Ringkas, padat tapi konsisten” – Neelofa kongsi doa untuk dapat jodoh yang baik

“Ringkas, padat tapi konsisten” – Neelofa kongsi doa untuk dapat jodoh yang baik

 

“Ringkas, padat tapi konsisten” – Neelofa kongsi doa untuk dapat jodoh yang baik

Empat tahun bahagia melayari alam perkahwinan, usahawan dan pelakon Neelofa berkongsi doa ringkas yang diamalkan untuk bertemu jodoh.

Sebelum berkahwin dengan Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail pada Mac 2021, Neelofa berkata dia sering berdoa berharap ditemukan dengan lelaki yang memenuhi ciri-ciri pilihannya.

Namun aktres berkenaan menukar doa yang lebih ringkas tetapi mempunyai pengertian meluas.

“Kalau macam saya dulu, kalau minta jodoh tu nak yang macam ini macam itu (ciri-ciri), tapi akhirnya saya berjumpa dengan Harris.

“Saya doa macam ini sahaja… ‘Ya Allah berilah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku’. Ringkas, padat tapi konsisten,” katanya.

Neelofa berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dikongsi seorang pengguna media sosial di aplikasi TikTok.

Dalam rakaman itu, seorang wanita meminta tip dan pandangan daripada pasangan ini mengenai doa yang boleh diamalkan untuk mendapatkan jodoh.

Haris yang mendengar soalan itu hanya tersenyum dan meminta isterinya untuk berkongsi doa yang diamalkan.

@hnhrschl

Tips jodoh by Neelofa 🤍 #hatitenangbilajiwakenyang #neelofa #puharis #nunhastore

♬ original sound – hannahrschl – hannahrschl

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 2021.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal, 4, dan Abdullah Abbas yang kini dua tahun.