“Berubah atau ketinggalan” – Nasihat warga China kepada peniaga di Malaysia

“Berubah atau ketinggalan” – Nasihat warga China kepada peniaga di Malaysia

 

“Berubah atau ketinggalan” – Nasihat warga China kepada peniaga di Malaysia

Seorang warga China yang menetap di Malaysia, Dou Dou, telah menawarkan nasihat yang mungkin boleh membantu industri tempatan, “Berubah atau ketinggalan dalam persaingan global.”

Dalam satu catatan di platform media sosial Xiao Hong Shu (RED), Dou Dou berkongsi pandangannya tentang bagaimana industri Malaysia perlu meningkatkan daya saing mereka jika tidak mahu dihapuskan dari pasaran dalam masa kurang dua tahun.

Dou Dou berkata, “Saya telah bekerja dalam pelbagai industri dan berurusan dengan banyak majikan di China selama 10 tahun. Saya faham betul bagaimana perniagaan di China dijalankan dengan pantas dan inovatif.”

Beliau juga menyedari bahawa pandangannya mungkin menerima kritikan, terutamanya daripada mereka yang mungkin menyuruhnya “balik ke China.”

Menurut Dou Dou, lebih 700,000 warga China kini menetap di Malaysia, dengan ribuan syarikat China berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Syarikat-syarikat ini sudah beroperasi dengan kelajuan tinggi, membawa teknologi dan kaedah perniagaan terkini.

Dou Dou menekankan bahawa beberapa industri tempatan masih ketinggalan berbanding China.

Sebagai contoh, beliau melihat di dalam industri makanan dan minuman, para peniaga hanya menawarkan menu yang sama selama 10 tahun dan kurangnya inovasi atau perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru.

Manakala dalam beberapa industri lain, masih ada yang menggunakan teknologi yang masih jauh ketinggal berbanding pasaran China yang kini sudah jauh ke hadapan.

Beliau juga memberi contoh bagaimana indusrti keselamatan di Malaysia yang lambat berkembang, “Di Malaysia, ramai masih menggunakan kunci tradisional, sedangkan di China, kunci pintu berasaskan cap jari dan kata laluan sudah lama popular.”

Dalam videonya, Dou Dou menasihati industri tempatan supaya lebih terbuka kepada perubahan dan belajar menyesuaikan diri dengan perkembangan pasaran.

“Jangan melawan persaingan. Kemasukan syarikat asing bukan bermakna syarikat tempatan akan diganti. Sebaliknya, ia peluang untuk belajar dan meningkatkan daya saing,” katanya.

Sumber: Vocket