Lelaki Cina-British mampu raih RM2 juta setahun jual Nasi Kerabu di London

Lelaki Cina-British mampu raih RM2 juta setahun jual Nasi Kerabu di London

 

Lelaki Cina-British mampu raih RM2 juta setahun jual Nasi Kerabu di London

Seorang lelaki raih RM2 juta setahun selepas menjual Nasi Kerabu di London telah mencuri tumpuan ramai apabila perkara itu didedahkan oleh pempengaruh, Chris MJ.

Lelaki berdarah campuran Cina-British ini telah berkahwin dengan wanita asal dari Kelantan, Malaysia dan menjadikan menu khas dari negeri Pantai Timur berkenaan sebagai jualan untuk memperoleh pendapatan.

@christhechindian

“Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

Dalam video berkenaan, lelaki terbabit mendedahkan bahawa perniagaan secara kecil-kecilan ini bermula pada tahun 2019 selepas dia 10 tahun bergelar seorang arkitek.

“Kami bermula sejak 2019. Sebelum itu, saya bekerja sebagai arkitek hampir sepuluh tahun. Tapi, selepas sekian lama, saya hilang minat dan semangat dalam bidang itu. Akhirnya, saya nekad ‘terjun’ dalam bidang masakan.

“Keputusan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Ayah dulu pernah kerja di restoran, dan saya sendiri sudah lama teringin nak ceburi dunia perniagaan,” katanya.

Namun begitu, dia mengakui bahawa gerainya pada awal pembukaan tidak begitu menguntungkan memandangkan pernah sahaja menjual hanya satu bekas sahaja Nasi Kerabu.

Disebabkan tidak berputus asa, perniagaannya kini berjaya meraih £400,000 (kira-kira RM2.2 juta) dalam masa setahun.

“Orang di sini tertarik kerana ini sesuatu yang unik dan tidak biasa mereka jumpa. Warna nasi biru itu memang jadi tarikan utama,” tambahnya.

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon daripada warganet di TikTok memandangkan teruja melihat Nasi Kerabu ‘mendonia’ sehingga ke London.

Mereka juga mengatakan mungkin ramai yang tertarik dengan Nasi Kerabu disebabkan keunikkannya yang berwarna biru hasil dari bunga telang dan bukannya dari perwarna tiruan.

Nampaknya, masyarakat luar dah semakin tahu betapa nikmatnya makanan-makanan dari Malaysia lebih-lebih lagi dengan bahan-bahan istimewa seperti, budu, keropok ikan dan juga ulam-ulaman yang menarik serta sukar diperoleh di negara luar.