Pengantin lelaki terlafaz nama bekas kekasih ketika akad nikah, bakal isteri nekad batalkan perkahwinan

Pengantin lelaki terlafaz nama bekas kekasih ketika akad nikah, bakal isteri nekad batalkan perkahwinan
Majlis perkahwinan bagi sebuah pasangan musnah akibat daripada kesilapan pengantin lelaki yang melafazkan nama bekas kekasih semasa akad nikah.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik pada ruangan komen TikTok, seorang individu memaklumkan bahawa pengantin perempuan membuat keputusan untuk membatalkan majlis perkahwinan selepas berbincang dengan bakal suami.
Bagaimanapun, pihak keluarga tidak bersetuju dengan keputusannya kerana menganggap ianya sebagai satu kecuaian biasa.
Pengantin lelaki tersilap lafaz nama bekas kekasih masa akad nikah.
Pengantin perempuan sangat tenang. Dia berdiri dan minta sedikit masa untuk bercakap secara privasi dengan bakal suami.
Selepas satu jam berbincang, majlis perkahwinan dibatalkan.
Pengantin perempuan buat pengumuman itu menggunakan mikrofon.
Kedua-dua pihak keluarga tidak bersetuju dengan keputusan pengantin perempuan.
Berkongsi lebih lanjut, individu tersebut turut memaklumkan bahawa pengantin lelaki menangis dan memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan, namun pengantin perempuan nekad untuk tidak meneruskan.
Difahamkan, pengantin perempuan enggan berkahwin dengan lelaki yang masih tersekat dengan kisah silamnya.
Kalau dia masih fikirkan tentang masa silamnya, sudah terbukti bukan saya yang pertama dalam hidupnya.
Saya tidak mahu teruskan masa depan dengan lelaki yang masih tersekat dengan kisah silam.
Walaupun dia kata saya tidak adil, tapi apa yang dia lakukan ketika akad nikah adalah lebih memalukan untuk diri saya dan keluarga.
Pada akhir perkongsian, individu tersebut berkata, pengantin perempuan meninggalkan dewan majlis bersama pengiring (bridemaids) tanpa menoleh ke belakang.