“Naik muak tengok” – Lelaki cari jodoh ‘reject’ wanita selalu muncul di media sosial

“Naik muak tengok” – Lelaki cari jodoh ‘reject’ wanita selalu muncul di media sosial

 

“Naik muak tengok” – Lelaki cari jodoh ‘reject’ wanita selalu muncul di media sosial

Jodoh yang ditetapkan sedikit sebanyak akan mengikut cerminan diri sendiri.

Apa yang pasti ia tidak datang bergolek dan seseorang itu perlu berusaha serta berikhtiar untuk mencarinya.

Antara medium yang sering digunakan generasi masa kini untuk mencari jodoh adalah menerusi platform media sosial.

Bagaimanapun, melalui satu hantaran di laman Thread, seorang lelaki mengeluh apabila menganggap kebanyakan wanita yang ditemuinya dalam saluran digital sebagai ‘tidak menepati cita rasa’.

Menurut lelaki itu, rata-rata calon isteri yang dipaparkan kepadanya dikategorikan sebagai murahan.

“Kepada algoritma media sosial, tolong jangan tunjuk dekat aku punya timeline perempuan yang suka selfie dalam tandas sambil pakai baju singlet je.

“Aku mahukan perempuan yang pandai dan bekerjaya. Terima kasih. Wanita jalang dah terlampau banyak bertapak dekat media sosial ni, aku naik muak tengok,” ujar lelaki berkenaan, tegas dengan pendiriannya.

Melewati ke ruangan komen, warga maya mengingatkan lelaki terbabit bahawa algoritma menyajikan suatu kandungan itu berdasarkan trend hasil carian yang dibuat.

“Mungkin awak yang suka mencari benda bukan-bukan, sebab tu keluar dekat timeline pun perempuan takat tu je. Kalau search awak ‘bersih’, mesti awak akan terhindar daripada konten yang mencolok mata.

“Jangan cepat menghakimi orang la, ramai je dalam kalangan kawan aku yang tak bertudung serta pemakaian sedikit terdedah tapi belajar tinggi je, kerja pun bagus. Besar kemungkinan hidup mereka lebih senang daripada awak.

“Perempuan baik untuk lelaki baik, awak rasa awak dah cukup sempurna ke sekarang ni? Kalau nak cari jodoh yang macam awak gambarkan tu, media sosial bukan tempatnya, pergilah masuk majlis ilmu dan bersosial dalam komuniti mereka,

“Dasar pemikiran kolot, sebelum nak tuntut wanita hebat macam tu sebagai jodoh, baiki dulu diri awak bagi setaraf dengan mereka. Kemudian kita sambung sembang, ini borak macam tin kosong, ingat dia terpaling bagus,” kata warga maya.