“Nafsu dah tertutup nak kahwin, tak kisahlah lelaki tu ‘hot’ atau tak” – Erma Fatima

“Nafsu dah tertutup nak kahwin, tak kisahlah lelaki tu ‘hot’ atau tak” – Erma Fatima

 

“Nafsu dah tertutup nak kahwin, tak kisahlah lelaki tu ‘hot’ atau tak” – Erma Fatima

Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima membalas kenyataan Datuk Rosyam Nor yang mencadangkannya supaya berkahwin dengan Fattah Amin.

Menerusi video yang dikongsikan adik Erma iaitu Datin Paduka Umie Aida dalam akaun Instagram, Erma berkata, dia sudah tiada nafsu untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki.

“Nafsu saya sudah tertutup untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki dalam dunia ini. Tak kisahlah lelaki itu ‘hot’ atau tidak. Harap maaf ya. Simpan sahaja niat baik kau Rosyam,” katanya.

 

Sebelum ini, tular sepotong video Rosyam mencadangkan agar Fattah yang kini bergelar duda sejak bercerai dengan Nur Fazura 7 Oktober lalu agar mengahwini Erma yang merupakan seorang janda.

“Aku rasalah kan Fattah, orang yang paling sesuai dengan kau ialah Erma Fatima. Kau dah tak payah pening kepala sebab dia pun tak boleh beranak.

“Jadi kau tak payah nak hantar anak pergi sekolah ke apa. Lepas tu pula Umie Aida akan jadi adik ipar kau,” seloroh Rosyam dalam video yang tular dalam media sosial.

@umieaida_9

Nasihat yang pelik2 sekadar hiburan. Beginilah keadaan kami sementara menunggu set nak siap. Sape yang ada sc dengan abg rosham.. maka bersiap sedialah dgn nasihat2 yang kelakor siam 😂 fyp nasihat jodoh

♬ original sound – Umieaidaofficial – Umieaidaofficial

Ketika ini Rosyam, Umie dan Fattah sedang terlibat dalam penggambaran sebuah drama yang bakal ditayangkan pada bulan Ramadan nanti.