“Nafkah yang batin penting, yang zahir tengok kemampuan” – Ditanya soal nafkah, ini jawapan padu Ina Naim

“Nafkah yang batin penting, yang zahir tengok kemampuan” – Ditanya soal nafkah, ini jawapan padu Ina Naim

 

“Nafkah yang batin penting, yang zahir tengok kemampuan” – Ditanya soal nafkah, ini jawapan padu Ina Naim.

Penyanyi, Ina Naim dan suami barunya, Mohd Khairul Rizal sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri berkongsi mengenai perihal nafkah.

Menerusi video berdurasi seminit tujuh saat di platform TikTok, Aliff Syukri bertanya kepada Ina mengenai nilai nafkah yang diterimanya daripada suami.

Bagaimanapun, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim memberitahu dia tidak mementingkan nilai nafkah.

Malah, dia juga menyerahkan segalanya mengikut kemampuan suami.

Ina berkata, dia lebih utamakan suaminya menyayangi dirinya selain memberi pendidikan terbaik buat anak-anak.

“Sebenarnya yang penting dia jaga saya dan anak-anak dengan elok, beri pendidikan dan yang paling penting dia sayang saya selalu.

“Untuk nafkah yang batin penting, yang zahirnya kita tengok kemampuan,” katanya.

Tegas balu kepada penyanyi nasyid Allahyarham Suhaimi Saad, pemberian duit raya oleh suami adalah tidak wajib.

“Duit raya tak termasuk dalam nafkah. Ia adalah hadiah daripada suami,” katanya lagi.

@papalarisofficial

Baik betul ina ni.. tak kisah pun pasal nafkah patutlah senang dapat jodoh..

♬ Very cute melody by marimba tone(39813) – Mitsu Sound

Sekadar info, Ina dan Mohd Khairul Rizal mendirikan rumah tangga pada 8 November lalu di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.

Untuk rekod, Ina, sebelum ini pernah bernikah dengan bekas kumpulan Inteam iaitu Suhaimi iaitu pada 12 Oktober 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November 2023 akibat masalah kesihatan.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.