Myvi teruk ‘dihentam’ sampai terbalik, punca rempuh rider yang langgar lampu isyarat?

Myvi teruk ‘dihentam’ sampai terbalik, punca rempuh rider yang langgar lampu isyarat?

 

Semalam, tular di media sosial sebuah kereta Myvi telah ‘dihentam’ oleh orang awam yang dipercayai berlaku di Kota Masai, Johor berpunca merempuh seorang penghantar makanan yang telah melanggar lampu isyarat.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh @piyotbeban di laman TikToknya, kelihatan sebuah Myvi telah terbalikkan di stesen minyak yang telah dilakukan oleh orang awam dipercayai tidak berpuas melanggar rider foodpanda.

@piyotbeban

abang cina tu ade oke kh#kotamasaiproblem

♬ Dj Remix Full Bass – Rahmad Remix

Difahamkan, kejadian itu berpunca pemandu kereta Myvi itu mengejar lampu isyarat yang masih hijau namun, secara tiba-tiba seorang penghantar makanan melanggar lampu isyarat tersebut yang menyebabkan pemandu tidak dapat mengelaknya daripada dirempuh.

Kenapa pemandu Myvi yang dipersalahkan?

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen meluahkan rasa pelik mengapa pemandu Myvi tersebut teruk ‘dihentam’ oleh orang awam walhal penghantar makanan tersebut yang menjadi punca kemalangan.

Apa dah jadi kat Kota Masai?

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan maklumat itu masih tidak dapat dipastikan lagi dan ramai yang mahu mengetahui apa yang sebenarnya terjadi mengenai insiden tersebut.