Myvi rempuh kedai loteri, nombor plat kereta jadi taruhan sehingga habis dijual

Myvi rempuh kedai loteri, nombor plat kereta jadi taruhan sehingga habis dijual

 

Myvi rempuh kedai loteri, nombor plat kereta jadi taruhan sehingga habis dijual

Sebuah insiden luar biasa berlaku di Taman Desa Damai, Bukit Mertajam, apabila seorang wanita tersalah tekan minyak semasa ingin meletak kereta, menyebabkan kenderaannya terbabas dan merempuh masuk ke dalam sebuah kedai loteri.

Namun, apa yang mengejutkan, nasib malang itu bertukar menjadi peluang bagi peminat nombor ekor yang percaya pada petanda.

Menurut laporan MSN, kejadian ini berlaku pada pukul 11.10 pagi Rabu lalu.

Kereta wanita tersebut merempuh gril besi kedai loteri sehingga bonet kereta kemek teruk, manakala pasu bunga dan kerusi di hadapan kedai berselerakan.

Nombor Ekor

Mujur tiada kecederaan dilaporkan, dan anak perempuan wanita itu kemudian menguruskan kereta tersebut dengan membawanya bengkel berhampiran.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah tindakan pantas orang ramai yang mula mencatat nombor plat kereta terbabit – “1166”.

Dalam masa dua jam sahaja, nombor tersebut menjadi pilihan panas dan habis dijual di seluruh kedai loteri di kawasan berkenaan.

Nombor Ekor

Seorang pekerja kedai loteri mendedahkan bahawa ramai pelanggan yang tergesa-gesa ke cawangan lain untuk membeli nombor itu terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana quota telah penuh.

Kejadian ini membuktikan bahawa masyarakat Malaysia yang minat dengan nombor ekor akan mencari jalan yang kreatif untuk dijadikan nombor bertuah.

Dari bunyi cicak hingga plat kereta yang terlibat kemalangan, semuanya boleh dijadikan inspirasi untuk membeli nombor ekor.

Malangnya, nombor 1166 tidak muncul dalam keputusan loteri pada hari itu.

Nombor Ekor

Sementara itu, kakitangan kedai membersihkan runtuhan dan membaiki kerosakan sebelum kembali beroperasi seperti biasa.

Bagi pemilik kedai, insiden ini mungkin satu promosi tidak langsung yang menarik lebih ramai pelanggan.