Durian Musang King Malaysia dinobat sebagai ‘King of Kings’

Durian Musang King Malaysia dinobat sebagai ‘King of Kings’

 

Durian Musang King Malaysia dinobat sebagai ‘King of Kings’

Musang King, atau nama asalnya Raja Kunyit, sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila ia dinobatkan sebagai “Raja Segala Raja” dalam Kejohanan Durian Dunia 2025. Berita gembira ini telah dilaporkan oleh ASEAN Culture & History.

Durian terkemuka ini yang juga dikenali dengan D197 atau Mao Wan Shang di peringkat global kerana rupa teksturnya yang seperti mentega dan rasa pahit manis yang kuat, ia dianggap sebagai standard keemasan buat warga tempatan.

Durian Musang King Malaysia Disahkan Sebagai 'King Of Kings'

Durian Musang King mendapat sambutan yang baik di sejumlah negara serantau termasuklah China, Singapura, Taiwan dan Hong Kong.

Menariknya, di China, Musang King ini dianggap sebagai barang mewah yang mana ia dijadikan sebagai hadiah untuk festival dan hanya dijual di dalam kedai premium.

Musang King sememangnya varieti durian unggul Malaysia.  Malah, ia sangat dihargai kerana teksturnya yang berkrim, rasa yang kaya, dan penampilan yang menawan.

Walaupun harganya mungkin sedikit mahal berbanding yang lain, namun rasanya yang mewah dan khasiat kesihatan yang ditawarkannya menjadikan ia hidangan yang berbaloi untuk semua penggemar durian.

Malaysia telah berjaya mendapatkan perlindungan harta intelek (IP) untuk durian Musang King, secara rasmi mengesahkan statusnya sebagai produk yang unik milik Malaysia.

Ini cukup menjadi penegasan bahawa hak eksklusif Malaysia terhadap nama dan penjenamaan durian ini, sekaligus menghalang negara lain daripada memanggil durian mereka “Musang King”.

Perlindungan Petunjuk Geografi (GI) / cap dagang ini bertujuan untuk menghalang penyalahgunaan nama “Musang King” oleh pengusaha durian di negara lain.