“Musa dibawa keluar tanpa izin ketika saya di luar negara” – Isu Noh & ibu kandung Musa, Mizz Nina akhirnya bersuara

“Musa dibawa keluar tanpa izin ketika saya di luar negara” – Isu Noh & ibu kandung Musa, Mizz Nina akhirnya bersuara

 

Lama mendiamkan diri, bekas penyanyi Mizz Nina akhirnya ‘buka mulut’ menceritakan isu sebenar yang berlaku kepada anak angkatnya, Musa.

Dalam satu hantaran di Instagram, Mizz Nina memaklumkan dia menjaga Musa dari usia dua hari dan telah menyusukan bayi itu sendiri.

Anak angkat mizz nina

Selama dua tahun, Musa tidur di katil yang sama dan menjalani rutin harian seperti pergi ke kelas dan bermain dengan kawan-kawan.

Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Musa telah diambil bekas suami tanpa izin dan pengetahuannya.

mizz nina

Selama tiga minggu setengah, Mizz Nina tak tahu di mana Musa berada dan bekas suami didakwa tak menghantar gambar atau video sebagai ‘updates’.

Tetapi, dalam tempoh itu bekas suaminya memuat naik gambar Musa dan melanggar syarat di mana Mizz Nina yakin bekas suami tahu mengenai syarat tersebut. Kata Mizz Nina, bermula saat itu, privasi Musa telah terjejas dan hidupnya tidak akan sama lagi selepas ini.

Untuk mengelakkan konflik, Mizz Nina melalui proses mahkamah memohon perintah untuk mendapatkan Musa semula. Dia bersyukur Musa akhirnya kembali ke rumah selepas melalui pengalaman yang penuh trauma.

Selepas kejadian itu, bekas suaminya membuat permohonan maaf menyatakan nama penuh ibu kandung Musa. Mizz Nina berpendapat, bekas suaminya bersikap tidak sensitif kerana ibu kandung Musa mahu kekal ‘anonymous’ (tidak dikenali).

Kata bekas penyanyi ini lagi, selepas bercerai bekas suaminya dengan rela hati tanda tangan dokumen di depan pesuruh jaya sumpah memberi hak jagaan kepada Mizz Nina sepenuhnya.

Bermula saat itu, dia hilang hak sebagai penjaga kepada Musa.

Malah, selepas Mizz Nina berkahwin dengan Essam, Musa telah menjalani kehidupan yang stabil dengan kehadiran Mama dan Baba di sisinya.

Jelasnya lagi, Musa dibawa lari tanpa pengetahuan dengan bantuan pengasuh yang diambil bekerja untuk menjaga anaknya. Tetapi akhirnya telah mengkhianati kepercayaan yang diberi.

Di akhir hantaran, Mizz Nina berkata dia terpaksa menceritakan perkara sebenar untuk mengelakkan fitnah. Katanya, inilah kebenaran dan semoga Allah SWT sentiasa membawanya ke jalan yang benar.