Murid tahun 2 hilang penglihatan, akibat dari bayi diberi makan nuget & sosej

Murid tahun 2 hilang penglihatan, akibat dari bayi diberi makan nuget & sosej

 

Murid tahun 2 hilang penglihatan, akibat dari bayi diberi makan nuget & sosej

Tular di media sosial mengenai kisah seorang murid tahun 2 buta sepenuhnya selepas hanya diberi makanan berproses sejak seperti nuget dan sosej dari bayi sehingga kini.

Menerusi perkongsian Dr. Erna Nadia di Facebook, kanak-kanak tersebut mula mengalami masalah secara beransur-ansur sebelum kehilangan penglihatan sepenuhnya.

“Seorang kanak-kanak darjah dua tiba-tiba cakap, “Cikgu, kenapa saya tak boleh nampak apa-apa?”

“Terkejut saya kelas tiba-tiba dia menjerit macam tu. Cikgu terus telefon ibu bapanya dan kanak-kanak itu terus dihantar ke hospital,” kongsi Dr. Erna Nadia.

Menurutnya, keadaan ini berlaku akibat kekurangan nutrisi penting iaitu vitamin A dalam diet harian kanak-kanak itu.

Tambahnya, kes ini berlaku di negara kita dan keluarga murid terbabit bukanlah bekerja biasa-biasa.

“Terduduklah ibu bapanya. Sebabnya bila dietitian siasat, anak ini cuma makan makanan berproses sahaja iaitu nuget, sosej dan cookies sejak dari bayi sampailah ke darjah dua,” katanya.

Dalam hantaran itu. Dr. Erna Nadia meninggalkan pesanan buat para ibu bapa di luar sana untuk memastikan anak-anak mereka diberi makanan yang ‘sebenar’ meskipun masing-masing sibuk dengan kerjaya.

“Buta ini tidak dapat dipulihkan. Sebagai ibu, jika kita tidak dapat masak selalu sebab sibuk, tapi cubalah beli makanan yang betul serta lengkap.

“Nasi ayam pun ok, bihun sup pun ok, dan kena paksa juga mereka makan makanan yang sihat. Kalau kena suap pun tak apalah janji mereka makan makanan yang betul-betul makanan supaya mereka dapat nutrisi itu.

“Vitamin dan supplemen tidak membantu seperti makanan betul. Kita kecil-kecil pun mak, ayah, atok dan nenek bagi makanan biasa saja kan,” ujarnya.

Dalam pada itu, doktor berkenaan juga berkongsi simptom awal kekurangan vitamin A adalah mata menjadi kering, ada macam bayang atau spot kelabu di mata putih.

Selain itu, individu berkenaan juga akan sukar melihat pada waktu malam atau di dalam gelap, mata kurang menghasilkan air mata dan jika dibiarkan akan menyebabkan kehilangan penglihatan.

“Makanan yang tinggi dengan vitamin A adalah sayur bayam, carrot, buah mangga, buah betik, aprikot, ikan, ayam, telur kuning dan sweet potatoes. Semuanya sedap, sedap. 

Kita sendiri pun kena pastikan makanan kita sihat dan lengkap juga ya,” pesannya.