Muncul di stadium bersama keluarga, peminat terubat rindu lihat kelibat Faisal Halim

Muncul di stadium bersama keluarga, peminat terubat rindu lihat kelibat Faisal Halim

 

Peminat terubat rindu lihat kelibat Faisal Halim di stadium bersama keluarganya bagi menyaksikan perlawanan Piala FA di antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC, hari ini.

Menerusi perkongsian Flash Sukan di Facebook, bintang bola sepak itu diiringi oleh beberapa pengawal keselamatan dan melambai ke arah penyokong.

Kehadiran Muhammad Faisal Halim yang memakai baju jersi berwarna kuning turut melindungi tangannya dengan sarung lengan supaya tidak terdedah dengan kuman.

Faisal yang masih menjalani pemulihan akibat disimbah asid sebelum ini buat julung kalinya muncul sambil ditemani keluarga tercinta.

Malah, bapanya, Halim Saad turut berdiri bersama-sama di barisan kesebelasan utama ketika menyaksikan ketika menyanyikan lagu Negaraku.

Ia merupakan kemunculan pertama pemain berusia 26 tahun selepas mengadakan sidang media dua hari lepas di Selangor Training Centre di Shah Alam.

Sebelum ini, wajah pemain yang mesra dengan jolokan Mickey itu juga agak sedikit kurus atau lebih cengkung dan berkemungkinan ia pasti berpunca daripada diet makanan yang perlu diikutinya.

Terbaharu, wajah pemain berkenaan dilihat sedikit berbeza dengan kelihatan masih banyak bekas luka di bahagian hidung, pipi kiri dan bahagian kepala Faisal.

Terdahulu Faisal Halim dilaporkan telah disimbah asid dalam satu kejadian di Kompleks membeli-belah di Damansara pada 5 Mei lalu.

Kehadiran pemain itu telah menerima pelbagai reaksi di mana mereka teruja meskipun simpati mengenangkan nasib anak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang.

Difahamkan, Faisal telah mengalami luka melecur di tahap empat dan sempat dilaporkan kritikal sewaktu menerima rawatan.

Situasi ini menyebabkan beliau perlu menjalani empat pembedahan di sebuah hospital di Lembah Klang bagi membantu proses pemulihannya sebelum dibenarkan pulang pada 25 Mei lalu.