“Saya ada 3 supercars” – Mengaku ‘multimillionaire’, Opai yakin tidak akan jumpa wanita lebih kaya

“Saya ada 3 supercars” – Mengaku ‘multimillionaire’, Opai yakin tidak akan jumpa wanita lebih kaya

 

“Saya ada 3 supercars” – Mengaku ‘multimillionaire’, Opai yakin tidak akan jumpa wanita lebih kaya

Pempengaruh dan usahawan Aliff Awang berpendapat tidak akan menemui wanita yang mempunyai pendapatan melebihinya.

Ketika disoal adakah dia mahu berdating dengan seorang wanita yang mempunyai pendapatan lebih daripadanya, Aliff atau lebih mesra disapa Opai percaya dia tidak akan menemui wanita seperti itu.

Saya seorang jutawan dan memiliki tiga buah ‘supercars’.

Saya mungkin akan dating dengannya tetapi saya tidak tahu adakah saya akan menemui wanita yang mempunyai pendapatan melebihi saya.

Saya pasti tidak akan berjumpa dengan wanita seperti itu, yang mampu memperoleh pendapatan bersih setiap tahun mencecah tujuh angka.

Dalam masa yang, suami kepada aktres Fatin Afeefa itu juga pasti wanita tersebut tidak wujud.

Tetapi jika pendapatan saya RM2,000 atau RM3,000, saya mungkin akan berjumpa dengan mana-mana wanita kerana saya tidak mempunyai masalah untuk berbual dengan mereka.

Adakah saya akan dating dengan seseorang yang berpendapatan lebih daripada saya? Saya rasa wanita seperti itu tidak wujud.

@averagemalaysians

Would a Malaysian Millionaire date higher earning women?💰👀 🎤: @suraj_ruud #millionaire #datingup #salary #streetinterviews #malaysia

♬ suara asli – 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 ™ – 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 ™

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kurang senang dengan respons yang diberikan oleh Opai.

Dalam masa yang sama, terdapat segelintir warganet yang menasihatinya supaya lebih merendah diri dengan kekayaan yang dimiliki.