“Muka kau pun macam siku” – Che Ta bengang netizen kutuk wajah Fathia Latiff

“Muka kau pun macam siku” – Che Ta bengang netizen kutuk wajah Fathia Latiff

 

Pelakon Rozita Che Wan bengang rakan aktresnya Fathia Latiff kena face shaming oleh netizen selepas menghadiri majlis rumah terbukanya baru-baru ini.

Memetik laporan mStar, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta berkata dia tidak menyangka ada netizen yang sampai hati meninggalkan komen menghina fizikal Fathia.

“Saya terkejut apabila gambar kami bersama menjadi kecaman netizen. Tak baiklah, jangan face shaming,” katanya.

Che Ta berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk dan sambutan ulang tahun ke-5 AG Leanz yang diadakan di Shah Alam pada Ahad.

Dalam pada itu, Che Ta juga berkata kalau boleh dia mahu bertemu dengan individu-individu yang meninggalkan komen menghina penampilan rakannya itu.

“Saya teringin nak tengok muka orang yang selalu mengata tu. Kau cantik macam mana? Lawa macam Fathia tak? Kadang-kadang yang mengata tu pun tak pernah tengok cermin. Muka kau pun macam siku saja,” katanya.

Che Ta turut meluahkan rasa simpatinya terhadap Fathia kerana sering menjadi mangsa kecaman warganet disamping meminta orang ramai untuk memberikan sokongan kepada rakannya itu.

“Saya simpati apabila melihat dia sering menerima kecaman ramai. Kita tak tahu apa yang dia lalui. Kita tidak tahu apa yang membuatkan dia jadi seperti itu.

“Mungkin kerana kekecewaan atau tidak mempunyai sokongan. Bukan dia sahaja, saya rasa kalau orang lain berada di tempat dia pun, kita akan mengalami nasib yang sama.

“Siapa pun kawan saya, saya okay sahaja. Kalau mereka berada dalam keadaan tidak stabil atau ada masalah, kita kena sentiasa menyokong dan bersama dia,” luahnya.

Sementara itu, Che Ta yang pernah terlibat dalam set penggambaran drama yang sama dengan Fathia turut mendedahkan aktres itu sebenarnya seorang yang manja.

“Dulu kami pernah berlakon bersama. Sebenarnya Fathia ni sangat manja tetapi saya tidak sempat bersembang dengan dia. Saya tidak tahu apa yang dia lalui. Saya berpesan kepada Fathia untuk jaga diri,” katanya.

Terdahulu, Fathia menerima kecaman daripada orang ramai selepas menghadiri rumah terbuka Che Ta baru-baru ini kerana wajahnya yang kelihatan bengkak dan lebih berusia daripada umurnya.

Malah, ada netizen yang membandingkan wajah Fathia dengan Che Ta ketika kedua-dua pelakon itu mengambil gambar bersama.