“Muka asyik cuti je..” – Suami pekakkan telinga diperli rakan sekerja, jaga isteri hingga akhir hayat

“Muka asyik cuti je..” – Suami pekakkan telinga diperli rakan sekerja, jaga isteri hingga akhir hayat

 

“Muka asyik cuti je..” – Suami pekakkan telinga diperli rakan sekerja, jaga isteri hingga akhir hayat

Setia hujung nyawa, itulah ungkapan yang sesuai untuk diungkapkan kepada individu yang menghabiskan sisa baki kehidupan bersama isterinya yang terlantar sakit di hospital.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, individu yang dikenali sebagai Amsyar Zulkeply berkata, dia menerima perlian daripada rakan sekerja kerana kerap mengambil cuti.

Ujarnya, duit boleh dicari namun nyawa tiada ganti.

Dulu dengan arwah isteri aku selalu cuti dan pernah cuti tanpa gaji selama berbulan-bulan.

Aku tak kisah hilang kerja. Aku lebih pentingkan keluarga.

Duit boleh dicari, kasih sayang susah kita nak cari.

Dalam pada itu, Amsyar sempat mengingatkan setiap manusia itu diberikan ujian yang berbeza.

Aku tak kisah apa orang nak cakap.

Ingat, kasih sayang dan masa bersama keluarga susah untuk dibeli.

Hidup manusia berbeza. Masing-masing ada tanggungjawab.

@amsyarzulkeply20

Dulu dgn arwah isteri aku selalu cuti dan penah cuti tanpa gaji selama berbulan bulan sebab jaga arwah isteri sakit sampai akhir hayat arwah. Aku tak kisah hilang kerja hilang duit. Orang nak kata apa sekali pun kat aku ni. Aku lebih penting kan family. Duit kita boleh carik. Kasih sayang susah kita nak cari. Walaupun aku dah kahwin yg kali kedua dan aku akan tetap jaga isteri aku yg sekarang kalau dia sakit sekali pun macam mana aku jaga arwah isteri yg dulu. Aku tak kisah apa org nak ckp kat aku takut bini ke apa ke kan tak lepak dgn member apa ke kan. Sebab Pengalaman yg pernah ada dlm diri aku selama ni. Selagi dia masih hidup aku akan hargai isteri aku yg sekarang. Ingat kasih sayang dan masa bersama family susah untuk dibeli. Duit dan harta kita bole cari dlm dunia ni. Hidup manusia berbeza tak kan sama dgn kita. Masing masing ada tanggungjawab.

♬ original sound – Thiya – NurShop 🎀

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi kisah yang sama dengan mengutamakan ahli keluarga walau menerima pelbagai kata dari orang luar.

Selain itu, warganet juga turut memuji sikap individu ini yang sanggup berkorban demi isteri tercinta hingga ke akhir hayatnya.