“Dia cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya!” – 20 tahun bersabar, suami Zahnita Wilson akhirnya bersuara

“Dia cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya!” – 20 tahun bersabar, suami Zahnita Wilson akhirnya bersuara

 

“Dia cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya!” – 20 tahun bersabar, suami Zahnita Wilson akhirnya bersuara

Suami Zahnita mengaku 20 tahun bersabar dalam perkahwinan selepas mendiamkan diri beberapa bulan lalu sejak pendedahan dakwaan keganasan rumah tangga dialami isterinya.

Memetik laporan dari Mstar, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor, 47, memaklumkan yang tuduhan tentang kekasaran dan memukul bekas model itu sama sekali tidak benar kerana dialah sebenarnya yang menjadi mangsa.

Ujarnya, selama 20 tahun berumah tangga, dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang saban tahun meminta cerai serta kekasaran yang terjadi disebabkan dirinya ingin mempertahankan diri.

Tidak hanya itu, Abdul Zackery mendakwa sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dia terpaksa bertahan dengan sikap Zahnita yang setiap tahun minta diceraikan.

“Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita),” ujarnya.

Tambahnya, Zahnita belajar seni bela diri Muay Thai dan pernah menyerangnya sehingga dia perlu bersikap defensif untuk mempertahankan diri.

“Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya.

“Sebagai manusia sudah tentu apabila ada yang mahu menyerang, kita perlu defensif. Apabila seorang wanita berkelakuan seperti lelaki, apa lelaki itu patut lakukan?,” katanya.

Dalam pada itu, dia menjelaskan pergaduhan antara mereka tercetus selepas bekas model terbabit menyewa sebuah rumah tanpa kebenarannya untuk menjalankan perniagaan pai sekitar awal 2024.

Menurut Abdul Zackery, dia tidak berpuas hati selepas isterinya sibuk menguruskan perniagaan pai sehingga kebajikan anak-anak terabai.

Jelasnya, dia mahu Zahnita memberi fokus kepada keluarga  apatah lagi anak bongsu mereka iaitu Abd Zayden Ghouse, 4, menghidap autisme.

“Saya dapat tahu dia menyewa kediaman lain berhampiran kawasan rumah kami apabila saya tanya dia terus melenting serta memarahi saya.

“Dia kata mahu mempertahankan bisnes dan tak boleh duduk bersama saya sebab saya sering memukulnya,” ujarnya.

Terdahulu, Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga apabila memuat naik keadaan diri yang mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian wajah dan badan.

Susulan daripada itu, suaminya telah ditahan reman bagi menbantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat namun mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Dalam pada itu, Zahnita juga  nekad menfailkan penceraian terhadap Abdul  Zackery di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.