Muatnaik poster takziah, Ketua Pemuda Pas dikecam gara-gara ‘tidak sensitif’ dengan mangsa nahas LRT
Saya mendoakan agar kesemua yang terlibat dalam tragedi pertembungan LRT laluan Kelana Jaya semalam dipermudahkan segala urusan rawatan dan diberikan kesembuhan segera.
Tragedi ini adalah yang pertama kali berlaku selepas 23 tahun LRT beroperasi.
Saya berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan juga pada Menteri Pengangkutan yang memastikan tindakan pantas diambil supaya mangsa-mangsa diberikan rawatan segera serta memastikan siasatan kes dilakukan dengan terperinci. Tindakan tegas akan diambil atas kelalaian yang membahayakan nyawa rakyat.
Terima kasih juga buat pasukan BOMBA, kakitangan HKL, Prasarana dan semua agensi yang terlibat dalam
operasi menyelamat semalam. Tindakan pantas anda semua pastinya telah berjaya menyelamatkan nyawa.
Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada semua yang keluar rumah berkerja mencari rezeki demi keluarga dan kemudian ditimpa musibah kemalangan.
Semua rakyat Malaysia juga mendoakan anda!
Ir. Ts. Khairil Nizam