“Mungkin lahir zuriat ini..” – Lelaki reda motor dicuri ketika teman isteri hamil ‘follow up’ masalah jantung
“Mungkin lahir zuriat ini..” – Lelaki reda motor dicuri ketika teman isteri hamil ‘follow up’ masalah jantung.
Setiap orang pasti merasai ujian dalam kehidupan masing-masing. Cumanya, bentuk ujian yang menimpa itu mungkin berbeza antara satu sama lain.
Ada yang diuji dengan perkara yang kecil dan ada juga yang berdepan dengan ujian besar serta sangat berat hendak dilalui.
Namun pastinya, ujian yang diberikan Tuhan sesuai dengan kemampuan kita untuk menanggungnya.
Ibarat ada cahaya di hujung terowong, apabila ujian itu berjaya dilalui dengan penuh kesabaran, pasti ada kemanisan yang menanti.
Motor dicuri ketika teman isteri cek masalah kesihatan
Begitu jugalah situasi yang dihadapi oleh pasangan suami isteri menerusi satu video yang menjadi tular di TikTok baru-baru ini.
Menerusi video @niechan0, dia pasrah apabila motosikal miliknya dicuri ketika dia menemani isterinya yang sedang hamim untuk memeriksa masalah jantung yang dihadapi.
“Dari Subang ke Selayang untuk follow up masalah jantung isteri tengah hamil. Keluar dari hospital nak balik motorsikal dah kena curi,” katanya.
Menerusi video 00:21 saat itu, @niechan0 masih kelihatan tenang sambil mengusap perut isterinya.
Walaupun terkedu dengan apa yang berlaku, pasangan ini menerima dugaan tersebut dan percaya kepada rezeki yang telah ditentukan Allah.
“Kami terima ujian ini. Mungkin lahir zuriat malaikat kecil ini rezeki kami luas,” ujarnya lagi.
Kejadian itu menyebabkan @niechan0 terpaksa mendapatkam perkhidmatan e-hailing untuk membawa isterinya pulang ke rumah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok turut bersimpati atas ujian yang menimpa pasangan tersebut, malah ada juga segelintir individu ingin membantu keluarga kecil ini.
Dalam masa sama, pengguna TikTok turut mendoakan agar segala urusan pasangan ini dipermudahkan, bahkan ada yang berkongsi kisah yang sama seperti yang dihadapi oleh @niechan0.
@niechan0