‘Mood Raya Corona’ – Instafamous ini dikecam kerana konten ‘Alasan rentas negeri’
Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan beberapa kes individu menyalahgunakan kebenaran merentas negeri yang telah diberikan.
Malah, Neelofa dan pasangan pun tidak terlepas melakukan kesalahan tersebut dan telah dikenakan kompaun.
Terbaharu, usahawan muda yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad telah muatnaik sebuah video berkaitan alasan-alasan untuk merentas negeri sempena Aidilfitri yang orang ramai boleh ‘relate’.
Video tersebut yang memaparkan Hafiz cuba untuk merentas negeri dihalang oleh 2 pegawai polis dan seorang tentera ketika sekatan jalanraya lalu memberikan beberapa ‘alasan’ untuk lepas sekatan.
Walaupun video tersebut seperti memperli tindakan beberapa individu yang menyalahgunakan kebenaran merentas negeri demi kepentingan diri sendiri tetapi tetap mendapat kecaman netizen.
Apa ke bangang hafizmahamad buat content “ Alasan Rentas Negeri “ itu semua alasan bodoh instafamous mcm kau yang buat , dlm video tak pakai mask tak kena saman pulak ek ? pic.twitter.com/KbjFgoPdsL
— NOMAD 🩸 (@4rshrf) May 2, 2021
VCF 5994. 2 anggota polis. Sorg berpangkat koperal. Sorg lagi Lans Koperal. Ade kebenaran bertulis dari team PRO (disebut pee-are-o) PDRM tak untuk buat content ni? https://t.co/4UAUcuBGut
— Tan Serik Datuk Serik Jek and 786,786 others (@raoufarif) May 2, 2021
Ye betul. Kami team produksi kena justify setiap scene dlm storyboard dan skrip yg writer dh siapkan. Produksi ONE TWO JAGA pun hadap proses sama. Alhamdulillah PRO PDRM faham dan itu realitinya. Ni instafemes bangang senang je dapat.
— Tan Serik Datuk Serik Jek and 786,786 others (@raoufarif) May 2, 2021
Polis tu punn layan dia niii 🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️🤦🏻♂️.
What dire society we live in https://t.co/7JzdrJEbD1— Baba Yaga ©®™ (@ariefengah) May 2, 2021
This is so unsensitive, it will triggered so many people who unable to visit s their family for a year and what is the point of this video anyway. https://t.co/TLsbLuPEmh
— lady syafinaz 🐯🇲🇾🌺 (@JamainSyafinaz) May 2, 2021
Mana tidaknya, ramai persoalkan apabila anggota polis sebenar membuat kemunculan dalam video itu. Malah, ada juga yang mempersoalkan Hafiz sama ada beliau sudah mendapat kebenaran daripada pasukan PRO Polis DiRaja Malaysia untuk hasilkan konten ini.
Untuk pengetahuan anda, jika produksi luar mahu gunakan khidmat atau melibatkan anggota polis dalam video penggambaran, maka pihak produksi kena minta kebenaran daripada PRO.
Malah, prosesnya juga lama kerana skrip, babak dan storyboard perlu ditapis pihak PRO terlebih dahulu.
Para netizen turut mengatakan video tersebut tidak sensitif dan membuatkan ramai berasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung.
Bukan itu sahaja, tindakan Hafiz yang tidak memakai pelitup muka turut dipersoalkan netizen kerana telah melanggar SOP. – TV