Lelaki ini kongsi kos anggaran jika mahu buka cawangan MIXUE di tempat sendiri
Lelaki ini kongsi kos anggaran jika mahu buka cawangan MIXUE di tempat sendiri.
Siapa yang tidak menggemari MIXUE kan? Ia menjadi salah satu syarikat makanan dan minuman (F&B), yang popular dalam kalangan rakyat negara.
Berasal dari Henan, China dan telah memasuki Malaysia pada tahun 2022, cawangan pertama MIXUE dibuka bertempat di Johor dan sekarang ia semakin berkembang di seluruh negara.
Terkenal dengan ais krim dan minumannya, MIXUE menawarkan harga yang murah dalam kuantiti yang amat berbaloi.
Jadi, tidak hairan mengapa ia sering mendapat sambutan orang ramai walaupun baru sahaja dua tahun bertapak di Malaysia.
Tetapi, pernah tak anda terfikir, berapakah sebenarnya kos anggaran yang diperlukan untuk membuka sebuah cawangan MIXUE?
Hari ini SK akan kongsikan kos anggaran bagi mereka yang berminat untuk membuka cawangan MIXUE di ruangan bawah.
Baru-baru ini seorang pempengaruh di TikTok @Zarif Azrie dalam hantaran video telah berkongsi anggaran kos perniagaan untuk membuka sebuah cawangan MIXUE.
Katanya, modal permulaan pembukaan MIXUE merangkumi kos barang-barang, renovasi, deposit sekuriti dan yuran tanda dagangan, dengan nilai wang sekitar RM300,000.
Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada lokasi pembukaan cawangan Mixue.
Seterusnya, kos bulanan MIXUE melibatkan bahan-bahan, bil, gaji dan sewa, dianggarkan mencapai sekitar RM20,000 hingga RM30,000.
Oleh itu, sesebuah cawangan MIXUE perlu mengekalkan prestasi jualan sebanyak RM45,000 hingga RM60,000 setiap bulan.
Setiap Return Of Investment (ROI) atau pembalikan modal pembukaan sesebuah cawangan francais itu bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan bulanan.
Tambah Zarif, jika hasil jualan bulanan konsisten sebanyak RM50,000 setiap bulan, maka anda akan dapat untung bersih sekitar RM20,000 atau RM30,000.
Bagaimanapun, pembalikan modal akan mengambil masa sekitar sekitar 16 ke 18 bulan bergantung kepada hasil jualan.
@zarifazrie Berapa kos nak buka Mixue? Jom breakdown ! #franchise #mixue #financialtips #breakdown