Wanita Rusia terkejut orang Malaysia tak minum santan

Wanita Rusia terkejut orang Malaysia tak minum santan
Biasanya santan kita akan gunakan sebagai salah satu komponen untuk masakan lebih-lebih lagi dalam juadah Malaysia. Kita pun tahu rasa santan yang mentah dan asli memang tidak boleh ditelan terus melainkan dimasak terlebih dahulu.
Namun, rupanya tidak bagi sesetengah rakyat Rusia kerana mereka sedia meminumnya terus secara mentah susulan terdapat khasiat tertentu untuk kesihatan badan.
Perkara ini didedahkan sendiri oleh seorang wanita Rusia menerusi platform TikTok memuat naik video dan meluahkan rasa terkejut selepas mengetahui realiti rakyat Malaysia tidak pernah menikmati santan mentah yang dijual di dalam pasaran.
“Apabila saya berpindah ke Malaysia, saya terkejut apabila mengetahui bahawa orang tidak pernah minum mentah santan itu sendiri,” ucapnya.
Dia mengetahui bahawa kebiasannya rakyat Malaysia akan menggunakannya di dalam masakan seperti kari tom yam tetapi ia bakal kehilangan banyak kandungan nutrien dan enzim apabila direbus.
Menurutnya, nutrien di dalam santan yang merangkumi asid laurik dan antioksidan yang sebenarnya boleh membantu kulit anda kelihatan bersinar dan otak berkerja dengan lebih bagus.
Dia lalu berkongsi cara mudah untuk menikmatinya adalah dengan membekukan susu santan itu di dalam kiub ais dan jadikan rutin dengan mengambil satu kiub ais berisi santan itu pada waktu pagi dan makannya.
Selain itu juga boleh dijadikan sebagai pencuci mulut yang lebih sedap, yang mana mempunyai beberapa bahan lain yang diperlukan seperti benih chia, sedikit gula melaka dan mangga.
Anda hanya masukkan kesemua bahan itu bersama perahan santan yang dibeli ke dalam pengisar lalu digaulkan sehingga sebati selepas itu.
Sebaik selesai, boleh masukkan ke dalam satu mangkuk dan sejukkan ke dalam peti ais buat seketika. Selepas setengah jam, anda boleh menikmatinya semacam bubur dan mungkin juga smoothie.
@katrinviolinqueen
Menariknya, dia mendedahkan kucing peliharannya juga sangat menyukai minum santan mentah dan boleh dilihat kucing itu meluru sewaktu dia menghulurkan bekas minuman berisi santan di dalam video itu.