Minta restu untuk berhenti kerja, anak menangis dengar jawapan bapa

Minta restu untuk berhenti kerja, anak menangis dengar jawapan bapa

 

Minta restu untuk berhenti kerja, anak menangis dengar jawapan bapa

Bertahun-tahun membanting tulang demi kesenangan keluarga, ibu bapa yang enggan anak mereka memperolehi kerjaya yang bagus dan mengagumkan?

Menjadi satu kebanggaan buat orang tua bila mana anak-anak dapat menyandang jawatan tinggi dalam bidang yang menggajikan pendapatan lumayan. Pun begitu, gaji tinggi bukanlah satu-satunya sumber kebahagiaan.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang lelaki ini sehingga dia nekad meletakkan jawatan daripada bidang perbankan.

Di aplikasi Instagram, Anton berkongsikan detik-detik bagaimana dia mahu meminta izin daripada bapanya untuk meninggalkan industri tersebut.

Kerjaya sebagai Pegawai Bank sering disanjung tinggi oleh masyarakat, sudah pasti bukan mudah untuknya memulakan perbincangan tersebut.

Minta Izin Untuk Berhenti Kerja Bank, Anak Menangis Dengar Jawapan Bapanya

Akan tetapi, Anton cukup terharu dengan jawapan positif daripada bapanya. Orang tua tersebut langsung tidak menghalang dan menyifatkan sumber rezeki boleh hadir dalam pelbagai cara.

Selaku seorang anak, Anton juga tidak terlepas dari rasa khuatir kalau-kalau keputusan ini adalah salah dan akan disesali kelak. Namun dia menjadikan perjalanan hidup bapanya sebagai pengajaran.

Suatu ketika dahulu, bapanya juga seorang ketua keluarga yang keras mencari rezeki sehingga sanggup melakukan 2 pekerjaan. Namun di sebalik pendapatan yang dirasih, masa dengan anak isteri menjadi sangat terhad.

Kata bapanya, anak-anak sebenarnya lebih memerlukan peran seorang bapa di sisi mereka kerana hidup ini bukanlah berkisar tentang duit sepanjang masa.