Minah Saleh kecewa lihat lelaki Korea Selatan tak sama macam artis K-Pop

Minah Saleh kecewa lihat lelaki Korea Selatan tak sama macam artis K-Pop
Kita sering disajikan dengan siri drama Korea yang dibintangi oleh pelakon tampan dan cantik dan memberi bayangan seolah-olah semua rakyatnya memiliki rupa sedemikian.
Tular sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita dari Barat yang mahu mencari jejaka idaman di Korea Selatan.
Dia beranggapan bahawa lelaki-lelaki di sana mempunyai wajah yang menarik dan tampan seperti yang digambarkan di dalam kaca televisyen.
Wanita itu telah merakam sejumlah pejalan kaki di kalangan lelaki tempatan di sekitar kawasan ibu kota Seoul. Namun, dia kelihatan sangat kecewa apabila melihat rupa sebenar jejaka di sana di dalam realiti sebenar.
Walaupun sudah melalui beberapa laluan di sejumlah kawasan berdekatan, dia masih gagal menemui jejaka idaman yang diimpikan selama ini.
Malah, dia berulang kali mengatakan dirinya telah tertipu dan menganggap rakyat Korea Selatan sebagai memperdaya orang ramai dengan memberi gambaran para pemuda dan wanita di sana memiliki rupa yang menarik sekaligus ramai terjatuh hati apabila melihatnya.
Di pengakhiran video, dia meluahkan yang dirinya mahu segera beredar dari negara itu setelah gagal menemui buah hatinya dan merasa tertipu dengan tayangan hiburan selama ini.