Legenda tinju, Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul
Legenda tinju, Mike Tyson kecundang di tangan Jake Paul.
Jake Paul berjaya memenangi pertarungan menentang Mike Tyson.
Petinju merangkap YouTuber itu memenangi pertarungan menentang legenda berusia 58 tahun, Mike Tyson dengan keputusan sebulat suara oleh juri.
Walaupun sudah hampir enam dekad usia, Mike Tyson meraih pujian ramai kerana masih mampu meneruskan pertarungan sehingga tamat 8 pusingan.
Kepulangan semula Mike Tyson ke dalam ring yang sangat dinanti-nantikan. Namun seperti dijangka, dia akan tewas hadapan 72,300 peminat di Texas dan berjuta-juta lagi dalam perkhidmatan penstriman Netflix.
“Dia adalah ikon,” Paul meluru ke arah Mike Tyson di gelanggang yangg sesak selepas pertarungan lapan pusingan.
“Ia adalah satu penghormatan untuk melawannya.”
Ramai sudah menjangka Mike Tyson akan berdepan masalah. Kerana stamina dan kemudian kekuatan gerakan kakinya tidak seperti dahulu.
Namun dia sempat mendaratkan beberapa siri penumbuk yang kuat ke arah Jake Paul.
“Dia seorang petinju yang sangat baik,” kata Tyson selepas pertarungan tersebut.
“Saya tidak membuktikan apa-apa kepada sesiapa, hanya diri saya sendiri. Saya bukan salah seorang daripada mereka yang keluar untuk menggembirakan dunia, saya hanya gembira dengan apa yang boleh saya lakukan.”
Tyson enggan mengatakan dia tidak akan kembali ke gelanggang pada masa hadapan. Di mana ramai yang merasakan Tyson mungkin akan menerima idea pertarungan menentang Logan Paul pula selepas ini.