“Takkan sampai biji laki kepam, kena herpes nak bagitahu satu dunia” – Michael Ang

“Takkan sampai biji laki kepam, kena herpes nak bagitahu satu dunia” – Michael Ang
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menyuarakan rasa kurang senang terhadap tindakan usahawan dan pempengaruh media sosial, Kieda Crepe yang secara terbuka mendedahkan mengenai jangkitan herpes yang dialaminya baru-baru ini.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, Michael meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir individu yang sanggup berkongsi hal-hal peribadi dan membuka aib sendiri demi menarik perhatian umum.
Tak tahu la aku dengan orang zaman sekarang. Semua dah gila dan tak tahu malu! Apa yang korang fikir? Manusia macam ni patut dijauhi ya sebab tahap bod*h diorang tak masuk akal.
Nak viral pun agak-agak lah. Takkan sampai b*ji laki kepam dan kena herpes pun nak beritahu satu dunia?
Ujar pengarah drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi ini lagi, isu seperti ini tidak wajar dijadikan kandungan media sosial semata-mata untuk meraih perhatian atau menaikkan perniagaan.
Dia juga berpendapat tindakan usahawan ini berkemungkinan juga telah dirancang sebagai sebahagian daripada strategi kandungan.
Tapi fikir balik, orang berniaga ni bukan boleh percaya, entah-entah pakat buat konten. Tapi tak rasa malu ke buat benda macam ni, terdesak sangat ni.
Terdahulu, usahawan Kieda Crepe mendedahkan bahawa dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video di TikTok, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.