“Tak boleh salahkan penyondol tu je, mungkin kau pun ada masalah” – Michael Ang

“Tak boleh salahkan penyondol tu je, mungkin kau pun ada masalah” – Michael Ang
Pengarah dan penerbit sensasi, Michael Ang menyuarakan pendapat mengenai wanita atau isteri yang disondol oleh orang ketiga.
Menerusi sebuah sesi temu bual, Michael, 49, tidak menyalahkan sepenuhnya bagi kaum lelaki yang berlaku curang pada pasangan.
Penyondol tidak akan berjaya kalau suami bahagia dengan pasangan dia.
Mungkin kau (wanita yang disondol) pun ada masalah.
Lelaki yang curang memang salah tapi kau tak boleh salahkan penyondol itu saja.
Kau ada tanya tak diri kau kenapa suami cari orang ketiga? Mungkin kepam, atau suka korek hidung.
Apa yang kau tahu, kau melalak di media sosial macam anjing.
@aididitmyway Yang disondol tu kalau tak goyang, takkan bergoyang. Chill okay? Kadang yang nampak sweet tu bukan tak retak. Jadi apa komen you all semua ? Cuba share sikit. #AididItMyWay #RelaxSikit @Aidid.Marcello @Michael Ang
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berang dengan kenyataan yang disuarakan oleh pengarah berusia 49 tahun itu.
Bagaimanapun, terdapat juga kaum wanita yang bersetuju mengenai penampilan isteri memainkan peranan penting dalam menentukan kebahagiaan dalam rumah tangga.