Mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari, wanita dakwa Ruhainies buat rancangan jahat untuk jatuhkan Bella

Mengaku jalin cinta dengan Aliff Aziz sejak Januari, wanita dakwa Ruhainies buat rancangan jahat untuk jatuhkan Bella

 

Kecoh di media sosial seorang wanita tampil mengaku sebagai kekasih kepada pelakon Aliff Aziz sejak Januari 2024.

Dalam pendedahan yang dibuat, wanita ini menceritakan secara lanjut kronologi percintaannya dengan Aliff sehinggalah pelakon itu ditangkap basah dengan Ruhainies Mac lalu.

ruhainies

kekasih aliff aziz

Dakwa wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine, pada hari Aliff ditangkap bersama Ruhainies, dia sepatutnya berjumpa Aliff di Kuala Lumpur tetapi pelakon terbabit mendiamkan diri.

Sehinggalah selesai urusan di Jawi, Aliff menghubunginya menjelaskan kes itu dan dia mengambil keputusan untuk mempercayai Aliff.

aliff aziz

Wanita ini mendakwa lagi, Aliff telah tinggal di rumahnya selama sebulan sehingga shooting drama habis tanpa pengetahuan sesiapa termasuk Bella dan Ruhainies.

bella astillah

kronologi

Tetapi, Aliff kantoi apabila Sarah Yasmine membaca perbualan dengan seorang wanita yang bernama ‘NRF’ di Whatsapp.

Dalam mesej itu, Aliff dan NRF dipercayai Ruhainies ‘bersayang sayang’ seakan mempunyai hubungan istimewa.

aliff aziz curang

Lebih mengejutkan apabila NRF dikatakan membolakkan hati Aliff terhadap Bella. Dan apa yang dibuat Aliff selama ini adalah untuk melindungi NRF.

Sarah Yasmine dipercayai sudah menghubungi NRF sendiri dan NRF dikatakan mahu mengundurkan diri tetapi tidak. Berasa tertipu, wanita ini tampil mendedahkan isu ini kepada umum.

Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi topik bualan hangat wargamaya susulan kes ditangkap berkhalwat dengan aktor dan penyanyi, Aliff Aziz di sebuah kondominium mewah di ibu kota.

Dua selebriti itu kemudian menerima kecaman hebat orang ramai selepas mereka memuat naik sebuah kenyataan bagi menjelaskan kronologi sebenar yang berlaku.

Rentetan itu, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya. Bagaimanapun aktor itu enggan melafazkan talak dengan alasan masih sayang rumah tangga mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan satu tarikh baharu bagi proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk pasangan tersebut.