Pemandu mabuk disyaki langgar kereta selamba suruh baiki sendiri buat wanita ini menangis menggigil

Pemandu mabuk disyaki langgar kereta selamba suruh baiki sendiri buat wanita ini menangis menggigil

 

Pemandu mabuk disyaki langgar kereta selamba suruh baiki sendiri buat wanita ini menangis menggigil

Tersebar sebuah video yang memperlihatkan kejadian di mana berlakunya kemalangan membabitkan dua buah kereta namun si pelaku disyaki cuba memutar belitkan cerita dan lari daripada tanggungjawab.

Di dalam video itu, kelihatan pemilik kereta Viva seperti terkejut dengan insiden itu dan meminta suspek untuk membayar ganti rugi selepas bahagian depan ada kesan remuk .

Difahamkan suspek dengan kereta Alza miliknya dipercayai datang dari arah bertentangan telah merempuh kereta wanita terbabit yang pada ketika itu berhenti.

Wanita itu menangis teresak-esak meminta lelaki itu bertanggungjawab ke atas kerosakan yang berlaku ekoran dilanggar dengan sengaja.

Bagaimanapun, lelaki terbabit pula mengolah cerita yang berbeza apabila menuduh wanita itu pula yang melanggarnya sewaktu disoal orang ramai di tempat kejadiaan.

Malah, dia berkeras mahu mangsa membayar kos kerugian guna duit sendiri dan tidak mahu melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa.

Walaupun wanita itu mempertahankan dirinya dan cuba menuntut ganti rugi alangkah sayangnya tidak diendahkan sama sekali.

Wanita berkongsi yang lelaki itu sebenarnya memandu dengan laju di laluan kecil itu  dan melanggar keretanya walaupun sudah berhenti pada ketika itu.

Tanpa sebarang rasa serba salah, suspek yang berbangsa India itu turut disyaki mabuk langsung beredar dari tempat kejadian seolah-olah sudah selesai berurusan dengan wanita itu.

Di dalam video juga, kedengaran suara lelaki yang mendakwa pemandu berada di bawah pengaruh alkohol sekaligus mungkin telah memandu secara merbahaya pada ketika itu.

Hal ini sudah pasti membuatkan wanita itu bertambah panik sekaligus sudah macam histeria apabila menangis dengan lebih nyaring kerana kecewa dengan respon yang diterima.

Bagaimanapun, orang ramai cuba menenangkan mangsa dan kawannya dan sedia mengiringi mereka ke balai polis untuk melaporkan kejadian malang itu.

Netizen yang menonton video tersebut langsung meluahkan rasa darah naik membuak-buak kerana suspek cuba memanipulasi fakta dan tidak mahu bertanggungjawab selepas membuat kerosakan kepada harta benda orang lain.